Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAMQA komited menjadikan Malaysia hab pendidikan global

MQA komited menjadikan Malaysia hab pendidikan global

CYBERJAYA, 20 September – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan universiti tempatan berstatus swaakreditasi komited menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan global menerusi penawaran program ‘micro-credentials’.

Menurut Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, dalam kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, program itu hangat diperkatakan dan universiti berstatus swaakreditasi perlu menjadi pelopor atau pencipta trend dalam penawarannya.

Beliau berkata, jangan fikir apabila IPT lain tidak menawarkan sesuatu program maka IPT lain tidak perlu buat sedangkan sesebuah IPT perlu menjadi perintis.

“Apabila satu dunia tak buat, kita buat, masyarakat global akan datang kepada kita seterusnya membantu menjayakan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad untuk menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa ke Malaysia menjelang tahun 2025 seterusnya mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.

“Trend kita selalu rujuk kepada Barat untuk berbuat sesuatu, mengapa kita tidak lihat kelebihan sendiri kerana kita ada potensi yang luas di sekeliling kita, apa yang boleh ditawarkan kepada dunia,” katanya ketika Sesi Jelajah MQA @ IPT Swakreditasi di International Medical University (IMU), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, penawaran kursus micro-credentials sama ada pecah kecil daripada program yang sudah mendapat akreditasi atau berdiri sendiri menjadi satu daripada inisiatif penjanaan pendapatan buat IPT.

Di peringkat global pula, katanya, Malaysia menjadi negara kedua tertinggi untuk carian berkenaan micro-credentials selepas Australia di Google Trends.

“Ini membuktikan pengajian tinggi di negara ini sudah mencapai standard yang baik di peringkat global apabila menjadi antara rujukan paling utama berkaitan micro-credentials.

“Kelebihan ini perlu dimanfaatkan oleh IPT tempatan untuk menawarkan pengajian tinggi yang bersifat lebih fleksibel bukan hanya untuk pasaran pelajar di negara ini, malah untuk masyarakat antarabangsa,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments