Tipu RM 54 juta, polis jejak suspek

0

Susulan kes penipuan membabitkan skim pelaburan saham keutamaan yang mengakibatkan 400 individu mengalami kerugian RM 54 juta

19 laporan polis telah diterima.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, ia membabitkan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM 3 juta.

Katanya pihak polis telahpun mengenalpasti suspek utama dan lain-lain suspek yang terbabit.

Setakat ini katanya usaha untuk mengesan dan menangkap mereka sedang dijalankan.

“Berdasarkan siasatan, skim pelaburan ini menawarkan pembelian saham syarikat yang didakwa patuh syariah.

“Pelabur dijanjikan faedah sebanyak 4% setiap bulan dan wang pelaburan pokok akan dipulangkan setelah kontrak pelaburan tamat.
Bagaimanapun, faedah tersebut hanya dibayar pada peringkat awal pelaburan sebelum kemudiannya pihak syarikat menghilangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Terdahulu media melaporkan 400 individu didakwa kerugian RM54 juta akibat ditipu skim pembelian saham keutamaan syarikat pasangan bergelar Datuk Seri dan Datin Seri yang juga bekas kakitangan sebuah syarikat penyiaran swasta.

Mangsa termasuk golongan profesional, doktor, polis dan pesara.

Dalam pada itu, pihak polis mengingatkan orang ramai untuk memberikan perhatian dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti semak mule, alert list bank negara malaysia (BNM), security commission (SC) dan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply