Tuesday, July 23, 2024
HomeBERITAKes Covid-19 terus meningkat kepada 32,070 semalam

Kes Covid-19 terus meningkat kepada 32,070 semalam

Kes Covid-19 terus meningkat dengan 32,070 jangkitan baharu dilaporkan, semalam berbanding 31,199 kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jangkitan baharu itu membabitkan 31,861 penularan tempatan dan 209 kes import.

 

“Jumlah keseluruhan jangkitan aktif di negara ini berjumlah 286,521 kes. Daripada jumlah ini 273,999, atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin manakala 4,356 ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 8,039 individu dirawat di hospital dengan 327 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

Sementara itu, Repositori data GitHub Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 46 kematian baharu akibat Covid-19 kelmarin.

“Menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 32,534,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments