Saturday, May 18, 2024
HomeBERITA"Kita ditinggalkan sendirian untuk mempertahankan negara" - Presiden Zelensky

“Kita ditinggalkan sendirian untuk mempertahankan negara” – Presiden Zelensky

KYIV: Presiden Ukraine menegaskan negaranya ditinggalkan sendirian dalam melawan Russia selepas Kremlin melancarkan serangan besar-besaran yang membunuh 137 rakyat Ukraine pada hari pertama pencerobohan.

“Kita ditinggalkan sendirian untuk mempertahankan negara,” kata Volodymyr Zelensky dalam ucapan video kepada rakyatnya selepas tengah malam.

“Siapa yang bersedia untuk berjuang bersama kita? Saya tidak nampak sesiapa. Siapa yang bersedia untuk memberi Ukraine jaminan keahlian NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)? Semua orang takut,” katanya.

Memetik laporan CBS, Zelensky berkata 137 warga Ukraine membabitkan anggota tentera dan orang awam terbunuh sejak permulaan serangan awal Khamis, manakala 316 lagi cedera.

Zelensky berkata ‘kumpulan sabotaj’ Russia memasuki ibu kota Kyiv dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada dan mematuhi perintah berkurung.

Mengulas lanjut Presiden berkata, beliau dan keluarganya akan kekal di Ukraine walaupun Russia mengenal pasti beliau sebagai sasaran nombor satu.

“Mereka mahu memusnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara,” kata Zelensky.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments