Berambut panjang memerlukan penjagaan lebih rapi. Jom kami kongsikan tips mudah buat anda.
1. Tidak perlu basuh rambut setiap hari. Ia akan menghilangkan lembapan semulajadi rambut dan mengakibatkan kekeringan.
2. Setelah dicuci, jangan lap rambut dengan kasar. Memadai tekapan lembut tuala pada rambut.
3. Sentiasa sisir rambut bagi mengelakkan ia menjadi kusut.
4. Elakkan ikat atau bun rambut dengan kerap. Beri masa untuk rambut bernafas dan berehat.
5. Potensi untuk mengalami masalah keguguran rambut adalah lebih tinggi bagi mereka yang berambut panjang. Gunakan tonik untuk mengaktifkan pertumbuhan rambut baru.
6. Serum penting untuk rambut yang cantik bersinar dan sihat.
6. Potong atau sentiasa trim rambut. Ini mencegah rambut bercabang atau rosak.
7. Dapatkan rawatan rambut dan kulit kepala di salon. Biarkan mereka yang arif membantu dan manjakan dirimu.
Jom cantik!
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply