Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKerajaan komited dapatkan semula aset 1MDB

Kerajaan komited dapatkan semula aset 1MDB

Kerajaan komited mendapatkan semula aset 1MDB dan sehingga kini kerajaan telah mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi bagi memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul berkata kerajaan juga kini sedang mengadakan perbincangan serta rundingan bersama pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Goldman Sachs Group Inc.

“Perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc telah hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dengan kerajaan.

“Menerusi perbincangan ini kerajaan berharap kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset tersebut.

“Kerajaan berusaha mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi rakyat Malaysia,” ujar beliau dalam siaran akhbar hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments