Friday, November 20, 2026
HomeBERITAUtusan Malaysia dan Kosmo beroperasi semula, Agong zahir ucapan tahniah

Utusan Malaysia dan Kosmo beroperasi semula, Agong zahir ucapan tahniah

Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada Utusan Malaysia dan Kosmo atas pelancaran semula akhbar berkenaanpada hari ini.

Baginda Al-Sultan Abdullah berharap dengan penerbitan semula kedua-dua akhbar ini dapat mengangkat profesion kewartawanan serta akhbar berbahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.

“Diharapkan kedua-dua akhbar ini dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara yang cemerlang di samping menjadi wadah bagi membina masyarakat yang bermaklumat dalam era digital yang penuh dengan pelbagai maklumat.

“Sekaligus terus berupaya menjadi saksi kepada lipatan sejarah negara dan menyuburkan hak kebebasan bersuara,” titah baginda.

20 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Utusan Malaysia dan…

Dikirim oleh Istana Negara pada Minggu, 19 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments