Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAFINAS sokong penuh cadangan tubuh perbadanan industri muzik

FINAS sokong penuh cadangan tubuh perbadanan industri muzik

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyokong penuh cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah untuk menubuhkan perbadanan industri muzik.

Zakaria Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata beliau bersedia untuk menyediakan kemudahan logistik dan memudah cara kerja-kerja persediaan penubuhan perbadanan terbabit.

“Saya dan Ahli-ahli FINAS mengalu-alukan dan menyokong penuh cadangan daripada Dato’ Saifuddin Abdullah.

“FINAS bersedia untuk membantu keperluan yang berkaitan termasuk pelantikan pegawai khas perbadanan industri muzik yang akan bermula pada 1 Ogos depan.

“Saya yakin tindakan awal ini akan memberi kelegaan di kalangan penggiat muzik yang telah sekian lama mengharapkan penubuhan perbadanan industri muzik,” kata Pengerusi FINAS.

#LensaFINASKenyataan media Pengerusi FINAS bertarikh 18 Julai 2020Tajuk : Sokongan cadangan penubuhan perbadanan industri muzik

Dikirim oleh FINAS Malaysia pada Sabtu, 18 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments