Monday, June 17, 2024
HomeBERITAUbah suai kenderaan akan didenda sehingga RM10 ribu

Ubah suai kenderaan akan didenda sehingga RM10 ribu

Denda maksimum sehingga RM10 ribu boleh dikenakan kepada pemilik pengubahsuaian kenderaan secara haram.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu perkongsian berkata individu yang melakukan pengubahsuaian kenderaan secara haram sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 38(1) Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

“Ubah suai kenderaan secara haram dan keterlaluan bukan sahaja akan mendatangkan bahaya kepada pemandu dan penunggang itu sendiri malah pengguna jalan raya lain juga.

“Individu berkenaan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 serta tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali,” jelas kenyataan terbabit.

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3393493167327633/?sfnsn=mo

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments