Sunday, June 23, 2024
HomeBERITATips lebatkan bulu kening

Tips lebatkan bulu kening

Pernahkah terbit kekesalan di hati apabila kening anda dicukur atau dicabut secara berlebihan?

Apabila melihat wajah di cermin, kelihatan seperti ‘alien’ pula kerana dah tak nampak kening atau mungkin terasa pelik dengan kening yang terlalu nipis dan tidak semulajadi 😧

Jenuhlah membentuk dan mewarna kening dengan alat solek agar kening kembali wujud.

Menyesal? Maklumlah nak menunggu bulu kening tumbuh kembali, mengambil masa. Ada juga berlaku keadaan dimana kening tidak lagi tumbuh subur selepas dicabut, kalau ada pun mungkin sehelai dua sahaja 🧐

Jom kami kongsi beberapa tips dan bahan mudah untuk melebatkan kembali bulu kening anda.

1. Minyak kelapa
2. Minyak zaitun
3. Minyak buah keras
4. Vaseline
5. Lidah buaya
6. Lendir pucuk paku

Jika di rumah anda mempunyai salah satu bahan-bahan yang disenaraikan ini, sapu pada kening dan boleh dibiarkan semalaman ketika tidur.

Sekiranya merasa tidak selesa, memadailah disapu selama satu jam sahaja dan kemudian bilas.

Selain itu, minyak lemak ayam juga bermanfaat ya. Kalau tak gelilah ya! Haha 🤢

Caranya, letakkan lemak ayam di dalam kuali panas, biarkan ia cair.

8. Sapu celak Mekah

Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, tapi tak salah mencuba. Kalau pun tidak mampu melebatkan kening, setidak-tidaknya, kita cantik berdandan dengan celakkan!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments