Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan khas bersama masyarakat Parlimen Pagoh, Johor dan ini adalah pertemuan pertama sejak beliau menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan.
Dalam perjumpaan itu, beliau berpeluang menjawab beberapa persoalan dibangkitkan di samping menerangkan perkembangan terkini wabak COVID-19, selain pelan untuk memulihkan dan merancakkan ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau memaklumkan dalam menghadapi krisis seperti COVID-19, tadbir urus kerajaan perlu bertindak tegas dan kini negara hampir berjaya menangani wabak ini biarpun belum 100 peratus.
“Saya ingatkan bahawa vaksin untuk virus ini masih belum ditemukan dan selagi tidak ada ubat mujarab, kita semua masih perlu mematuhi SOP,” tegas Perdana Menteri.
Beliau turut menyatakan fokus utama sekarang adalah untuk mengembalikan keadaan ekonomi seperti sediakala atau lebih baik daripada sebelumnya dan turut memberi perhatian kepada bantuan yang kepada para peniaga, anak-anak muda yang menganggur selain syarikat-syarikat yang turut terjejas dari segi operasi terutamanya selepas tempoh moratarium berakhir bulan September nanti.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan agar DO (pegawai daerah) dan pihak kerajaan tempatan (KT) mempercepatkan proses kelulusan permohonan lesen yang diperlukan dalam usaha memantapkan semula ekonomi.
“Saya tak reda kalau kawasan pedalaman terus dibiarkan ketinggalan, penduduknya hidup sengsara, masih susah dan dibelenggu kemiskinan.
“Saya menyeru para pemimpin agar bersama-sama membantu kerajaan menjalankan tugas dengan berkesan demi kebajikan rakyat dan negara,” ujar beliau.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Petang tadi, saya mengadakan perjumpaan khas bersama kepimpinan masyarakat dalam kawasan Parlimen saya di Pagoh,…
Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 27 June 2020

Leave a Reply