Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM dan isteri lawat perusahaan IKS menjual pes makanan

PM dan isteri lawat perusahaan IKS menjual pes makanan

Awal pagi kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri melawat syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera yang mengeluarkan pelbagai pes makanan, De Muara Enterprise di Bukit Gambir, Muar, Johor.

Perdana Menteri menzahirkan rasa bangga terhadap semangat dan kecekalan pemilik syarikat berkenaan kerana masih berupaya meneruskan perniagaan dan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya juga dapat lihat bagaimana perniagaan ini mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Saya sendiri perlu menjalani saringan gejala seperti mengambil suhu badan dan memakai apron pakai buang sebelum memasuki premis perniagaan mereka.

“Inilah normal baharu kehidupan yang mesti kita biasakan dan sesuaikan dalam aktiviti harian kita semua,” tulis beliau dalam satu perkongsian di laman media rasmi Facebooknya.

Beliau turut mendoakan agar perniagaan De Muara Enterprise dan semua syarikat IKS lain terus maju serta tabah mengharungi krisis pendemik COVID-19 dan kekal patuh SOP agar penularan wabak ini dapat dikawal.

Awal pagi tadi saya dan isteri telah melawat sebuah syarikat IKS Bumiputera di Bukit Gambir, Muar iaitu De Muara…

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 27 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments