Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAGelagat penumpang ingin merakam aksi krew kabin menari di dalam pesawat undang...

Gelagat penumpang ingin merakam aksi krew kabin menari di dalam pesawat undang tawa netizen

Tular di laman media sosial memaparkan seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan tambang murah terkenal menari di dalam pesawat dengan diiringi lagu Blackpink!

Namun tidak hanya itu yang menjadi perhatian netizen.Tindak tanduk seorang lelaki yang cuba merakam aksi tarian pramugari yang kelihatan begitu semangat menari nyata mengundang ketawa besar di kalangan warganet.

Malah warganet meluahkan rasa simpati terhadap penumpang terbabit yang hanya sempat merakam beberapa saat aksi tarian itu dek kerana ‘password’ telefon bimbit yang terlalu panjang!????????

Di ruangan komen pula segelintir warganet mempertikaikan tindakan pramugari menari di dalam pesawat namun wakil dari syarikat penerbangan berkenaan menerangkan bahawa ianya adalah video lama.

Menurutnya, persembahan berkenaan merupakan kerjasama di antara Air Asia Fun Team dan krew berkenaan merupakan krew Philippines Airways.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments