Friday, May 24, 2024
HomeBERITATindakan lebih tegas terhadap netizen yang mencerca Siti Nurhaliza

Tindakan lebih tegas terhadap netizen yang mencerca Siti Nurhaliza

Melalui Instastory yang dimuat naik oleh kakak ipar penyanyi popular, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd. Razak @rozisangdewi yang juga merangkap pengurus peribadi penyanyi tersohor negara, Rozi menulis, sebelum ini Siti Nurhaliza juga pernah menerima kecaman dan kritikan dari netizen tetapi beliau memilih untuk hanya berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap warganet terbabit.

Bagi Rozi, selagi berdiam dan menutup mata selagi itulah mereka semakin berani dalam melontarkan kata-kata kesat.

Selepas melihat tindakan berani pelakon Jasmin Hamid yang mengambil keputusan untuk menyaman individu terbabit, Rozi juga bersetuju untuk mengambil tindakan yang lebih tegas serta tidak teragak-agak akan melakukan perkara yang sama sekiranya ada golongan yang memfitnah dan mencerca Siti Nurhaliza.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan tindakan, Pelakon Jasmin Hamid yang telah menyaman seorang wanita kerana dikatakan telah menghina dan mencela fizikal anak Jasmin Hamid dengan menulis perkataan bapuk.   

Bagi seorang ibu tindakan yang dilakukan adalah sebagai tanggungjawab untuk membela nasib anaknya.

Jasmin juga berharap kejadian yang berlaku ini dijadikan iktibar kepada warganet supaya berhati-hati sebelum melontarkan kata-kata atau menulis sebarang komen.

Rata-rata rakan artis termasuk pengurus peribadi Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rozi, juga bersetuju dan menyokong dengan tindakan yang dibuat oleh Jasmin Hamid.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments