Tuesday, May 28, 2024
HomeDUNIA#unboxchallenge kini trending di seluruh dunia

#unboxchallenge kini trending di seluruh dunia

“Unbox Challenge” atau “Tetris Challenge” kini menjadi trending di seluruh dunia.

Para pengguna media sosial yang tertarik dengan cabaran ini telah berkongsi gambar-gambar menarik di laman Instagram masing-masing.

Mungkin masih ada yang belum tahu apakah itu #unboxchallenge???

Cabaran ini perlu mempamerkan apa sahaja perkakasan atau barangan yang dimiliki atau diperlukan seseorang.

Sebagai contoh, perkakasan di dalam kenderaan bomba, pesawat, kelengkapan bayi, keperluan ahli sukan dan sebagainya.

Barangan dan perkakasan berkenaan akan disusun rapi secara santai di atas lantai mengikut kreativiti supaya keunikan gambar terbabit kelihatan menarik.

Tidak hanya meletakkan barang-barang atau perkakasan, tetapi bagi menambahkan lagi kreativiti setiap susunan, figura manusia juga turut disusun bersama.

Kemudian, gambar berskala besar akan diambil dari atas.

Sekali pandang, mungkin kita akan melihat semuanya seperti patung mainan tetapi kesemuanya adalah barangan dan fizikal manusia yang sebenar.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments