Saturday, May 25, 2024
HomeBERITATidak perlu terlalu emosi dan ekstrem dalam membuat kenyataan berkempen pada PRN...

Tidak perlu terlalu emosi dan ekstrem dalam membuat kenyataan berkempen pada PRN Johor 

Labis, 18 Feb. — Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, parti-parti yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, tidak perlu membuat kenyataan terlalu beremosi dan ekstrim.

Mereka juga disarankan tidak memburuk-burukkan antara satu sama lain.

“Sebenarnya tiap parti politik bertanding, masing-masing ada strategi, masing-masing ada proses media nak dikeluarkan, ada setengah daripada mereka terlampau emosional, ada yg terlampau emosi, ada yang terlampau optimistik nak bertanding.

Jadi nasihat saya pertamanya tak payah lah terlampau ekstrem mengeluarkan kenyataan yang terlampau ekstrem. Zaman skrg ni rposes peradaban bangsa dah tinggi.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis pekebun kecil makmur peringkat RISDA Negeri Johor di sini hari ini.

Turut hadir, pengerusi risda datuk seri mohd salim mohd sharif, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal dan Ketua UMNO Bahagian Labis, Datuk Azahar Ibrahim.

Jelas Datuk Seri Mahdzir, parti yang bertanding juga perlu bijak menggunakan ruang yang ada terutama menerusi medium media massa dan media sosial.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menambah, jentera-jentera parti juga boleh mendapatkan kepercayaan pengundi tanpa perlu menghina atau menabur fitnah terhadap pihak lawan.

Ini kerana ujarnya, kenyataan mahupun tindakan yang terlalu beremosi hanya merugikan parti kerana rakyat hari ini semakin bijak membuat penilaian.

“Proses pendidikan yang di bina oleh bn 60 tahun, semua dah dapat masuk universiti, dah ada pendidikan, jadi dalam ruang lingkup masyarakat ni middle class upper class dah ramai, civil society dah banyak, jadi tak payah bermaki hamun dalam media, cakap je benda apa kita nak buat, bagilah rakyat buat pilihan.”

Sementara itu, ditanya mengenai pengagihan 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) antara parti komponen barisan nasional (BN), jelasnya, perkara itu sudah di peringkat akhir.

Katanya, umno dan bn akan menggunakan kaedah dan ramuan berbeza pada prn johor berbanding penglibatan pada prn melaka november lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments