Peruntukkan RM 41.2 juta aktifkan pembangunan pekebun kecil RISDA Negeri Johor

0

Labis, 18 Feb – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, memperuntukkan RM41.2 juta bagi pembangunan pekebun kecil getah di bawah RISDA negeri Johor tahun ini.

Menurut Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 18,507 pekebun kecil dengan keluasan tanaman getah 34,506 hektar di negeri itu.

“Daripada jumlah tersebut, RM24.1 juta untuk Pembangunan Kawasan Bertanam Getah, RM 6.7 juta untuk Pembangunan Produktiviti Getah, RM 2 juta untuk Pembangunan Hasil Baharu, RM 1.2 juta untuk kawalan penyakit dan RM 7.1 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh.

“Daerah Segamat menerima peruntukkan tertinggi sebanyak RM 16.9 juta berikutan daerah ini antara kawasan yang paling ramai pekebun kecil iaitu sekitar 8,181 orang dengan keluasan tanaman getah seluas 14,182 hektar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur Peringkat Johor 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Kg. Paya Merah, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.

Jelas Mohd Salim, menerusi peruntukan tersebut diharapkan lebih ramai masyarakat akan menyertai RISDA terutama generasi muda melalui program ekonomi dan keusahawanan.

Pekebun kecil perlu mengambil peluang yang disediakan ini bagi membolehkan bantuan-bantuan lain disalurkan untuk manfaat peningkatan ekonomi keluarga Malaysia pekebun kecil getah”

Sementara itu, RISDA yang juga agensi di bawah KPLB katanya, mensasarkan peningkatan pendapatan pekebun kecil ke paras RM4,500 sebulan menjelang 2025.

“RISDA telah memainkan peranannya dan bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil menerusi penanaman getah seramai 552,543 orang sejak penubuhannya pada tahun 1973”, kata Mohd Salim.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply