Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAJentera BN siap siaga hadapi PRN Johor - Adham Baba

Jentera BN siap siaga hadapi PRN Johor – Adham Baba

UMNO kini telah siap siaga bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Johor, PRN Johor.

Pengarah Komunikasi BN Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata ketika dihubungi The Malaya Post, jentera pilihan raya di semua peringkat telah bersedia untuk digerakkan dan UMNO akan bawa aura ‘feel good’ Melaka ke Johor.

Jelasnya semangat gelombang biru dapat dirasai pada Majlis Taklimat dan Penyerahan Negeri Angkat Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Timur di Kota Tinggi, Johor.

“Bagi DUN Panti dan DUN Pasir Raja di Parlimen Tenggara, gerak kerja BN akan dibantu rakan seperjuangan iaitu jentera dari BN Perlis. InsyaAllah usahasama ini akan menyumbang kemenangan besar pada PRN Johor”, menurut beliau menerusi posting Facebook rasmi beliau.

Terdahulu beliau hadir di majlis
Taklimat dan Penyerahan Negeri Angkat Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Timur di Kota Tinggi, Johor.

Ia disempurnakan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Penyelaras PRN Johor, Datuk Hasni Mohammad, serta barisan kepimpinan BN yang lain.

Datuk Seri Dr Adham sebelum ini berkongsi bahawa Barisan Nasional (BN) akan menggunakan platform Facebook dan Tiktok sebagai medium untuk berkempen bagi menarik minat pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Langkah itu diambil sebagai usaha memperkasakan kempen PRN ekoran pertambahan pengundi kepada 2.5 juta di negeri ini dengan lebih 700,000 pengundi muda.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments