Saturday, May 25, 2024
HomeBERITATidak perlu pakai sarung tangan, Dr Say Shazril mohon masyarakat amal saranan...

Tidak perlu pakai sarung tangan, Dr Say Shazril mohon masyarakat amal saranan WHO

Perkongsian doktor selebriti, Dr Say Shazril di laman Instagramnya pastinya membuka mata orang ramai mengenai pentingnya berada di dalam rumah dan juga membasuh tangan sepertimana yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hari ini Dr Say berkongsi mengenai barangan yang “laku keras” seperti goreng pisang panas iaitu sarung tangan dengan tajuk “To Glove Or Not To Glove?”.

Menurutnya, pemakaian sarung tangan cukup popular apabila beliau keluar membeli barangan keperluan rumah namun persoalannya, adakah memakai sarung tangan efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19?

Jawapannya, tidak!

Malah ianya lebih berbahaya kerana apabila memakai sarung tangan, kulit jari kita tidak menyentuh virus berkenaan namun secara teorinya betul apa yang difikirkan tapi secara praktikalnya tidak.

“Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus.”

“Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. ” ujarnya.

View this post on Instagram

Topic : To Glove Or Not To Glove? Pemakaian gloves pun cukup popular bila sy keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19? Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA. “Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yg anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak. Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yg sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal2 anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda? Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah! In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yg ternyata efektif, mudah & murah ni: 1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER 2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA 3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita 4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH #schoolingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Dr Say turut meminta orang ramai untuk mengikuti pesanan dari World Health Organization (WHO) yang ternyata efektif, mudah dan murah ni antaranya:

1 – Kerap basuh tangan anda dengan air dan sabun / hand sanitizer
2 – Elakkan daripada menyentuh muka anda
3 – Jaga jarak anda daripada orang lain sekurang-kurangnya 1 meter
4 – Duduk rumah ikut perintah

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments