Sultan Perak berkenan meluluskan RM11.95 juta Dana Khas Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perak, bantu golongan asnaf dan petugas barisan hadapan

0

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah meluluskan RM11.95 juta Dana Khas Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk).

Memetik kenyataan media, Dato’ Seri Ahmad Faizal berkata kelulusan zakat berkenaan bertujuan membantu golongan asnaf yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga bantuan bagi para petugas barisan hadapan COVID-19.

“Kerajaan Negeri dengan penuh hormat dan takzimnya merafakkan sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih, di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah melulus peruntukan terbabit sebagai tanda cakna serta prihatin baginda yang tudak berbelah bagi terhadap rakyat Perak seluruhnya,” ujar beliau.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply