Berhubung laporan tujuh petugas Istana Negara yang disahkan positif COVID-19, terkini di laman Instagram Airtangan_Tunkuazizah memuatnaik perkembangan berkenaan petugas-petugas istana.

Menurutnya, pasukan Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan telah pun berada disana dan mereka akan membawa kesemua petugas istana ke hotel untuk proses kuarantin secepat mungkin.

Mereka juga harus melalui beberapa prosedur antaranya:
1. Kesemua petugas harus menukar pakaian mereka kepada pakaian yang akan diberikan oleh pihak Jabatan Kesihatan.
2. Setiap orang harus melalui proses pembasmian kuman sebelum menaiki bas malah dengan barang-barang yang dibawa juga harus melalui proses yang sama.
3. Mereka akan pecahkan petugas kepada tiga kumpulan yang mana akan menentukan bas yang mereka perlu masuk.
– Kumpulan pertama adalah mereka yang negatif setelah dijalankan ujian
– Kumpulan kedua adalah mereka yang belum menerima keputusan ujian swab
– Kumpulan ketiga adalah mereka yang telah mempunyai simptom seperti batuk, selsema dan demam.

“Ampun Tuanku …… setakat ini sudah 9 org positive , di istana hanya tinggal sy sekeluarga bersama 3 pembantu ….. tiada siapa di benarkan keluar bilik , no visitors …. ya allah selamat kan Malaysia ….. i was in close contact with all 9 of them , pls pray for us ! kepada allah berserah’ tulisnya lagi.
Semoga semua petugas-petugas Istana Negara kembali pulih dan dipermudahkan urusan.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply