Friday, July 19, 2024
HomeBERITAJENAYAHTidak masuk akal hanya Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang dipersalahkan, kes...

Tidak masuk akal hanya Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang dipersalahkan, kes Altantuya Shaariibuu mungkin dibuka semula – Tommy Thomas

Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal dibuka semula oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Memetik dari Berita Harian, dua bekas pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang juga pengawal pengiring Najib disabitkan kesalahan membunuh wanita berkenaan pada 2006.

Menurut Tommy, semua orang mengetahui bahawa adalah tidak masuk akal jika hanya mereka berdua yang dipersalahkan. Kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap. Ujarnya ketika disoal dalam satu temubual bersama Blomberg.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul yang dilihat tidak mempunyai motif menyakinkan, namun kenyataan akuan bersumpah (SD) terbaru yang dilakukan oleh Azilah menunjukkan ada fakta terhadap sebab pembunuhan.

Ketika ditanya jika beliau akan membuka semula kes berkenaan, beliau menjawab lebih banyak yang polis bakal lakukan siasatan dan mereka akan melihatnya

Sebelum ini Azilah memohon supaya Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya dengan membuat kenyataan bersumpah yang mengejutkan.

Dalam kenyataan itu, Azilah antara lain mendakwa bahawa Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan beliau menahan, seterusnya membunuh Altantuya didakwa sebagai ejen pengintip asing yang mengancam keselamatan negara.

Najib menafikan sebarang pembabitannya dalam kes itu, malah turut melakukan sumpah laknat, Jumaat lalu, dengan menyatakan beliau tidak pernah membuat arahan berkenaan atau bertemu Altantuya.

Bapa Althantuya, Shaariibuu Setev menzahirkan rasa lega melihat pendirian yang dimiliki oleh Tommy Thomas kerana sejak lebih sedekad lalu beliau cuba untuk mencari keadilan di atas kematian anak perempuannya.

Malah, beliau mendesak pihak berkuasa Malaysia membawa pulang seorang daripada suspek pembunuhan anak perempuannya, yang melarikan diri ke Australia, supaya dapat memberi maklumat sebenar di sebalik kes berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments