Monday, May 20, 2024
HomeBERITAPTPTN jangka kadar dividen SSPN kompetitif tahun ini

PTPTN jangka kadar dividen SSPN kompetitif tahun ini

Kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN yang kompetitif bakal diagihkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menurut pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, jangkaan itu adalah berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan.

Tambahnya lagi, sehingga suku ketiga 2019 terdapat 4.26 juta akaun dibuka sejak pelancaran. Malah, tahun ini sebanyak 347,709 akaun baharu dibuka setakat 30 September lalu.

Setakat ini jumlah tabungan yang diuruskan hampir mencecah RM5 bilion, sekaligus merupakan satu pencapaian memberangsangkan buatnya.

Menurut Wan Saiful lagi, dia berpendapat dividen tahun ini akan kompetitif berbanding produk lain yang ada dalam pasaran. Setakat ini, secara puratanya ialah sekitar empat peratus setahun.

“Kita akan umumkan pada pertengahan Januari nanti kadar dividen yang kita berikan untuk 2019,” katanya kepada pemberita selepas program Kembali Ke Sekolah, di sini, malam tadi.

Pada program itu, Wan Saiful turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM72,400 untuk diagihkan kepada penerima yang layak di Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, mereka kini sedang berusaha untuk mencapai sasaran kutipan tabungan sebanyak RM1 bilion pada tahun ini, dan dia yakin jumlah itu dapat dicapai penghujung tahun ini.

Dalam masa dua minggu, mereka akan melihat sama ada sasaran ini boleh dicapai atau tidak, malahan Pegawai PTPTN sedang bertungkus lumus memastikan sasaran RM1 bilion ini tercapai sekaligus ingin mengatasi rekod tahun lalu sebanyak RM1.13 bilion.

Wan Saiful berkata, penekanan PTPTN ketika ini ialah menggalakkan lebih ramai menabung dalam SSPN dan seterusnya menikmati pelbagai keistimewaan serta insentif ditawarkan.

“Alhamdulillah, dengan kempen penabungan yang kita jalankan setakat ini, sambutan diterima amat menggalakkan. Saya menyeru rakyat Malaysia memanfaatkan sepenuhnya insentif yang kita berikan di PTPTN.

“Bagi insentif pelepasan cukai, terutama hingga 31 Disember, mereka yang menyimpan dalam SSPN akan mendapat pelepasan cukai hingga maksimum RM8,000. Ini jumlah cukup tinggi dari segi pulangan yang mereka peroleh.

“Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melebihi RM1.1 juta yang ditawarkan menerusi Cabutan Hadiah SSPN 2019, termasuk kereta Proton X70 Premium di mana pemenangnya akan diumumkan pada Januari ini,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments