Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAPenguatkuasa Agama Islam mempunyai masa untuk membantah sumpah laknat yang dilakukan -...

Penguatkuasa Agama Islam mempunyai masa untuk membantah sumpah laknat yang dilakukan – Dato’ Seri Mohd Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak berkata beliau telah memberi masa kepada penguatkuasa Agama Islam untuk membantah sumpah laknat yang dilakukannya di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Jumaat yang lalu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat di Masjid Jamek di mana dia bersumpah bahawa tidak mengarahkan membunuh seorang wanita dari Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

“Saya sengaja mengumumkan akan melakukan sumpah laknat dua hari sebelum. Maksudnya, jika pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atau muftinya boleh menyuarakan bantahan mereka atau menghentikan hasrat saya.

“Tetapi dua hari selepas saya membuat sumpah Jawi dan Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan serentak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Hari ini, pihak Jawi memberi amaran bahawa tindakan boleh diambil terhadap orang yang menyalahgunakan masjid untuk “kepentingan peribadi dan politik”.

Najib berkata beliau tidak akan meneruskan jika terdapat bantahan dari pihak berwajib.

“Saya mudah untuk berbincang, jika ada bantahan awal, saya tidak akan meneruskannya. Malangnya, tidak ada apa-apa bantahan,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Seri Mohd Najib Razak telah melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengarahkan Cif Inspektor Azilah Hadri membunuh Altantuya Shaariibuu.

Sumpah laknat berkenaan telah dilafaz di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur selepas solat jumaat sebentar tadi, di iringi isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anak.

Dianggarkan lebih 300 orang individu dan pihak media berada di Masjid Kg Baru bagi menyaksikan upacara berkenaan termasuk Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Upacara melafaz sumpah laknat terbabit turut di siarkan secara langsung di laman Facebook Dato’ Seri Najib Razak.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments