Dalam satu ciapan di Twitter sebentar tadi, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memberi tindak balas terhadap dakwaan Presiden PKR bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Ciapan yang ditulis Khairy Jamaluddin berbunyi, “Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh”.
Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh. pic.twitter.com/Yao1At1jZf
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 23, 2020
Terdahulu, dalam satu sidang media khas hari ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen Melayu dan Islam untuk membentuk kerajaan baharu.
Beliau menyatakan dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh dan memaklumkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply