Tuesday, May 21, 2024
HomePOLITIKAnwar Ibrahim dakwa dapat sokongan majoriti dari Ahli Parlimen Melayu

Anwar Ibrahim dakwa dapat sokongan majoriti dari Ahli Parlimen Melayu

Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” ujar beliau.

Dalam satu sidang media khas, beliau menyatakan telah mendapat bilangan majoriti tanpa mengesahkan bilangan kerusi Parlimen yang menyokong beliau.

“Alhamdulillah kini telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.

“Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan yang cekap dan yakin, untuk mengurus krisis ekonomi dengan bijaksana dan tuntas.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini daripada menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau memaklumkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments