Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPM umum BPN 2.0, bantu 10.6 juta penerima

PM umum BPN 2.0, bantu 10.6 juta penerima

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terhadap 10.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion.

Bantuan berkenaan memberi tumpuan kepada empat golongan antaranya :

1)RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40

2)RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang

3)RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40

4)RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pada hujung bulan Oktober depan dan keduanya, pada bulan Januari 2021.

“Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0.

“Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini,” ujarnya melalui Perutusan Khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas sebentar tadi.

Beliau menambah, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Semua inisiatif khas ini ada di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN atau KITA PRIHATIN mensasarkan golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, M40 yang berkeluarga dan bujang, pekerja dalam pelbagai bidang serta peniaga mikro dalam pelbagai bidang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments