Friday, July 19, 2024
HomeBERITATiada syarat lengkap dos vaksin untuk terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri -...

Tiada syarat lengkap dos vaksin untuk terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri – PM

Kerajaan tidak mengenakan syarat lengkap dos vaksin bagi penjawat awam dan pesara untuk terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media, ia bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan itu daripada tercicir.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

Bagaimanapun tambah beliau perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masin terpakai.

“Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir.

“Biarpun tidak diwajibkan, Kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments