Monday, July 22, 2024
HomeBERITATaufan Tropika Megi: MET Malaysia keluarkan amaran angin kencang, laut bergelora

Taufan Tropika Megi: MET Malaysia keluarkan amaran angin kencang, laut bergelora

Ribut Tropika Megi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu.

Menurut MET MMalaysia dalam satu kenyataan, berdasarkan pencerapan pada jam 9 pagi tadi, ribut tropika itu dikesan di kedudukan 11.0⁰ Utara dan longitud125.0 Timur, kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Flipina, 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Ribut tropika ini hampir pegun dan kelajuan angin maksimum adalah 65 km/j.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Sehubungan itu, MET Malaysia menasihatkan orang awam di kawasan terbabit untuk lebih peka dan mengikuti maklumat berkenaan status terkini Ribut Tropika Megi yang akan dikemas kini setiap 3 jam.

Maklumat ini boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi mobil myCuaca.

Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments