Nicky Liow serah diri, dituduh di bawah AMLA esok

0

Selepas tahun menyembunyikan diri, ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow akhirnya menyerah diri kepada polis pagi tadi.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, dekat sini 11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din mengesahkan perkara  itu kepada media.

Tambah Datuk Mohd. Kamaruddin, ahli perniagaan itu ketika ini berdepan 26 pertuduhan kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

“Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Nicky diburu selepas operasi besar-besaran dilakukan oleh Polis Johor.

Menerusi serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebanyak 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply