Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPM puas hati melihat penyatuan semua Ahli Parlimen

PM puas hati melihat penyatuan semua Ahli Parlimen

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati melihat penyatuan ahli-ahli Parlimen dalam Sidang Khas di perlimen hari ini.

Memetik satu kenyataan media di Facebook rasmi Dato’ Seri Ismail Sabri berkata pembentangan RUU Anti Lompat Parti ini adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Blok kerajaan dan pembangkang senada dan harmoni untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi meneliti pindaan perlembagaan yang lebih khusus mengenai lompat parti serta mewujudkan Akta Anti Lompat Parti,” menurut kenyataan itu lagi.

Katanya undi sebulat suara telah diperolehi dengan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Ia sekaligus membuktikan Malaysia ke arah kestabilan politik yang lebih matang, kuat dan berkeyakinan 🇲🇾 –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments