Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAGuru agama maut ditembak

Guru agama maut ditembak

Di Pattani, seorang guru agama maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya, 12.30 tengah malam tadi.

Mangsa, berusia 52 tahun itu adalah guru agama di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Nong Chik, Pol Kol Komkrit Srisong berkata polis menemui sekurang-kurangnya 10 kelongsong peluru di tempat kejadian tidak jauh dari rumah mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya kepada Bernama.

lelaki berusia 52 tahun itu adalah guru agama di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya.

Komkrit berkata, polis mempercepatkan siasatan berhubung motif kejadian dan giat menjejaki suspek. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments