Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan gas, kemalangan di Mesir

0

Insiden letupan saluran paip gas dan kemalangan di Mesir.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswann pada Rabu.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan  medianya.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.

Rakyat Malaysia di Mesir yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi:

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
21, Al Aanab Street, Mohandess ine, Giza,
Republik Arab Mesir.

Tel:+201200276388
E-mel: mwcairo@ kin.gav.my

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply