Friday, July 19, 2024
HomeBERITA'Syarikat hisap darah rakyat' - Bung Moktar Radin

‘Syarikat hisap darah rakyat’ – Bung Moktar Radin

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyelar tindakan syarikat penerbangan negara ini yang dikatakan menaikkan harga tiket terutama ke Sabah dan Sarawak, ketika musim perayaan antaranya Aidilfitri.

Katanya tindakan itu tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat.

Memetik laporan Bernama Datuk Seri Bung, beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri, justeru ramai rakyat Sabah di Semenanjung mahu balik ke Sabah.

Namun amat menyedihkan apabila mereka terpaksa membatalkan hasrat itu, akibat tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan yang mahal.

“Bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk satu hala ada yang mencecah RM2,800, dan ada juga harga sehingga RM3,600…perkara sebegini tidak seharusnya berlaku syarikat penerbangan jangan sesekali mengisap darah penumpang.

“Masyarakat dari Sabah mengadu dan mengeluh dengan fenomena sebegini, cukup-cukuplah hisap darah rakyat…Kementerian Pengangkutan diminta campur tangan dan tangani isu ini dengan segera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu katanya ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan sekiranya penumpang mendaftar masuk melalui kaunter, yang mana ini tidak adil buat rakyat yang kurang faham dengan teknologi terkini.

“Syarikat penerbangan kena faham, di Sabah masih ramai yang tidak memiliki telefon pintar dan pakcik makcik dari kampung masih tidak faham mendaftar masuk melalui mesin yang disediakan,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan Sabah mendesak kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan, untuk mencari jalan bagi mengurangkan harga tiket penerbangan tersebut.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments