Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAPelakon Bollywood Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bergelar suami isteri

Pelakon Bollywood Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor bergelar suami isteri

Pasangan pelakon Hindi popular Bollywood, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor sah bergelar suami isteri pada Khamis (14 April) selepas berpacaran selama lima tahun.

Alia menerusi platform Instagram peribadinya berkongsi foto-foto momen mereka disatukan buat tatapan 62.5 juta pengikutnya.

Kedua-dua pasangan pengantin ini kelihatan  memukau dalam busana tradisional India.

Sambutan pra perkahwinan seperti mehendi dan sangeet berlangsung pada hari Rabu, 13 April di kediaman Ranbir Kapoor di Vastu, Pali Hills, Mumbai.

Ritual perkahwinan Ranbir dan Alia dilaporkan bermula pada pukul 11 ​​pagi.

Majlis dihadiri ramai selebriti seperti Kareena Kapoor, Saif Ali Khan, Neetu Kapoor, Riddhima Kapoor Sahni, Shaheen Bhatt, Mahesh Bhatt, Karan Johar, Ayan Mukeerji, Soni Razdan dan ramai lagi.

Untuk rekod, Alia dilahirkan di London, United Kingdom pada 1993 dan merupakan warganegara British.

Anak kepada pasangan seni, pereka filem Mahesh Bhatt (bapa) dan pelakon Soni Razdan (ibu), dia nula mewarnai dunia Bollywood pada 2012.

Selepas membuat penampilan sulung sebagai seorang kanak-kanak dalam filem thriller berjudul Sangharsh pada 1999, dia memainkan peranan utama filem pertamanya menerusi drama remaja Student of the Year (2012) terbitan Karan Johar.

Alia Bhatt menjulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik apabila memainkan peranan mangsa penculikan dalam drama jalanan Highway (2014), watak pendatang Bihari dalam drama jenayah Udta Punjab (2016), seorang pengintip yang menyamar dalam filem thriller Raazi (2018) dan teman wanita seorang penyanyi rap yang tidak keruan dalam drama muzikal Gully Boy (2019).

Terus memantapkan diri dengan membintangi beberapa filem terbitan studio Johar, Dharma Productions, termasuk percintaan 2 States (2014), Humpty Sharma Ki Dulhania (2014), Badrinath Ki Dulhania (2017) dan drama Dear Zindagi (2016).

Alia turut menerima pujian tatkala memainkan peranan utama dalam Gangubai Kathiawadi (2022).

Memiliki bakat menyanyi, dia turut menyumbangkan suaranya menerusi tujuh buah lagu pada filemnya, termasuklah single “Samjhawan Unplugged”.

Salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di India, wanita genit berusia 29 tahun ini telah muncul dalam senarai Selebriti 100 Forbes India sejak 2014.

Wajahnya juga telah dipaparkan oleh Forbes Asia dalam senarai 30 bawah 30 tahun pada tahun 2017.

Selain berlakon, Alia melangkah setapak dengan melancarkan barisan pakaian dan beg tangannya sendiri, selain merupakan pengasas kepada inisiatif ekologi CoExist.

Mengenali pengantin lelaki, Ranbir Kapoor merupakan pelakon kelahiran Mumbai yang turut menerima bayaran tertinggi di sana.

Dia merupakan anak kepada pelakon lagenda Bollywood iaitu Rishi Kapoor dan Neetu Singh.

Filem pertamanya berjudul Saawaria pada tahun 2007 telah menjulang namanya.

Penerima beberapa anugerah termasuk enam Anugerah Filmfare, dia pernah muncul dalam senarai Selebriti 100 Forbes India sejak 2012.

Sepupu kepada pelakon popular Kareena Kapoor yang dilahirkan pada 1982 dan berketinggian 1.83 meter ini bakal muncul dengan Filem Brahmāstra, Shamshera tidak lama lagi.

Jom kita saksikan keceriaan mempelai di hari bahagia mereka. Tahniah dari kami The Malaya Post Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments