“Tempat ini amat cantik seperti penduduk Malaysia” – Hamilton

0

Lewis Hamilton gesa peminatnya lawat Malaysia.

Dalam satu hantaran di Insta Story,  Hamiton turut memuji keindahan pemandangan Kuala Lumpur yang dirakam dari tingkat paling atas Menara Berkembar Petronas.

Pelumba 37 tahun itu turut berkongsi gambar-gambar dari puncak menara berkenaan dan menggesa pengikutnya untuk pergi ke sana.

“Selepas 10 tahun bersama @Petronas ini kali pertama saya berada di tingkat paling atas. Pemandangan menarik Kuala Lumpur, tempat ini amat cantik seperti penduduk Malaysia.

“Anda perlu datang ke sini jika belum pernah,” kata Hamilton di Instagram.

Hamilton kembali ke London selepas mengunjungi Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Juara dunia Formula 1 tujuh kali itu singgah di Kuala Lumpur dari Melbourne selepas menyertai Grand Prix Australia hujung minggu lalu.

Walaupun Petronas menaja pasukan Mercedes, Hamilton tidak pernah mengunjungi ibu pejabat syarikat itu dan mengakui menikmati kunjungannya itu.

Pelumba 37 tahun itu turut berkongsi gambar-gambar dari puncak menara berkenaan dan menggesa pengikutnya untuk pergi ke sana.

“Selepas 10 tahun bersama @Petronas ini kali pertama saya berada di tingkat paling atas. Pemandangan menarik Kuala Lumpur, tempat ini amat cantik seperti penduduk Malaysia.

“Anda perlu datang ke sini jika belum pernah,” kata Hamilton di Instagram.

Hamilton tiba di London pagi tadi dan kini tumpuannya kembali terarah untuk Grand Prix Emilia Romagna minggu depan.

Hamilton mengharungi permulaan sukar musim ini, menduduki tempat ketiga di Bahrain, ke-10 di Arab Saudi dan keempat di Melbourne.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply