Friday, May 24, 2024
HomeBERITATiada penangguhan bayaran ansuran bulanan LPPSA

Tiada penangguhan bayaran ansuran bulanan LPPSA

Tiada penangguhan (moratorium) pembayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), demikian ujar Nashrul Abdul Shukor mewakili Jabatan Komunikasi Korporat, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Menurutnya, sehubungan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), pihak LPPSA telah menerima pertanyaan dari pelbagai pihak berkenaan kemungkinan penangguhan atau moratorium boleh diberikan kepada bayaran ansuran bulanan pemblayaan perumahan LPPSA.

Tambahnya, kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah 4% dan ianya adalah lebih rendah berbanding kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi perbankan tempatan.

“Pembiayaan perumahan yang diberikan LPPSA dengan kadar faedah 4% ini adalah jauh lebih rendah berbanding kos dana yang diperolehi oleh LPPSA melalui terbitan sukuk iaitu pada kadar antara 4.5% hingga 5%.

” Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 billion,” ujarnya.

LPPSA turut bertanggungjawab bagi memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan datang.

Tambahnya lagi, secara asasnya penjawat awam dan pesara kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA, maka pihak LPPSA telah memutuskan untuk tidak memberi penangguhan atau moratorium pembayaran balik ansuran bulanan kerana masih yakin kebajkan penjawat awam telah cukup terjaga dan tiada keperluan buat masa ini.

Tiada Penangguhan(Moratarium) Pembayaran Balik Ansuran Bulanan Pembiayaan Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Dikirim oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada Selasa, 07 April 2020

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments