Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAWow, cantik! Berdandan rapi sambil buat kerja rumah

Wow, cantik! Berdandan rapi sambil buat kerja rumah

Saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar bertatarias dan berpakaian kemas di rumah sepanjang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus dilihat dari sudut positif.

Bersolek bukanlah bermakna mengaplikasi solekan penuh seperti memakai bedak asas tebal dengan bulu mata palsu bagai.

Memadailah dengan lipmatte atau gloss berwarna lembut. Sapuan nipis bedak ringan sesuai untuk mengawal wajah berminyak. Paling penting, penjagaan wajah janganlah diabaikan.

Rambut pun perlulah disikat rapi agar tidak kelihatan macam hantu Mak Limah balik rumah! ????

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2661582300618739&id=100003009854202?sfnsn=mo&extid=Y4AxHtERQdQSzCoC

Penampilan diri perlu dijaga agar suami tidak sakit mata apabila 24 jam dan tujuh hari seminggu melihat anda.

Apa salahnya memakai pakaian kemas tetapi praktikal, tidaklah seharian asyik dengan baju kelawar lusuh yang dah berbulu – bulu ????

Mengiyakan kehebatan netizen warga Malaysia yang terlebih kreatif, ada sahaja idea mereka untuk dijadikan bahan “troll” di laman media sosial.

Viral di platform media sosial seorang wanita berkerjaya ‘maintained’ cantik berpenampilan seolah-olah ingin ke pejabat namun hakikatnya hanya sedang membuat kerja rumah!

Ibu kepada tiga orang anak ini lengkap berdandan dengan beg tangan dan ‘make up’ ketika sedang mencuci dan menyidai pakaian, mengemas rumah, memasak malahan ketika sedang menumbuk sambal! ????

Alahai, dah terlebih cantik ni!
Rindu nak kerja lah tu????

#stayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#stayBeautiful

–THE MALAYA POST

 

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments