Fahami maksud isolasi dan kuarantin

0

Apakah perbezaan di antara isolasi dan kuarantin semasa COVID-19?

Isolasi adalah membawa maksud pengasingan. Langkah ini kebiasaannya dilakukan kepada individu yang telah dijangkiti penyakit berjangkit.

Sekiranya seseorang individu telah di sahkan positif COVID-19, pesakit terbabit akan di isolasi di hospital atau fasiliti kesihatan.

Mereka akan diasingkan daripada individu yang tidak dijangkiti untuk memastikan jangkitan tidak merebak kepada orang lain.

Manakala kuarantin adalah untuk individu yang belum dijangkiti tetapi berkemungkinan telah terdedah dengan jangkitan berkenaan.

Golongan yang berisiko terdedah dengan jangkitan ini terdiri daripada kontak rapat ataupun ahli keluarga pesakit.

Bagi kontak rapat walaupun tiada menunjukkan gejala atau tanda-tanda jangkitan mereka juga perlu menjalani “self quarantine” di rumah atau di lokasi berasingan.

Pergerakan mereka akan dihadkan dan di asingkan sementara dalam tempoh 14 hari serta dipantau serta perlu menjalani ujian saringan.

Sekiranya seseorang individu telah di sahkan dijangkiti Covid 19, pesakit tersebut akan di isolasi di hospital atau…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 04 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply