Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAGelagat bermain comotkan muka dengan tepung mencuit hati ramai

Gelagat bermain comotkan muka dengan tepung mencuit hati ramai

Tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara masih berjalan.

Banyak aktiviti dapat dilakukan sepanjang ‘percutian’ di rumah ini. Tambahan pula, lebaran akan menjelma tidak lama lagi.

Pembersihan, membaikpulih dan menghias rumah, mencuba resepi baru, atau menjahit baju raya sudah boleh dimulakan sekarang.

Jadi, tidaklah terlalu kepenatan pada bulan Ramadan nanti.

Pada ketika itu nanti, bolehlah memberi lebih tumpuan kepada amal ibadat pula.

Penat menyelesaikan tugasan rumah, apalah salahnya berehat dan bergembira kan!

Sesekali jadi ‘gila – gila’ seronok juga.

Menerusi laman media sosial Facebook @Farah Khalila Yassin, seorang gadis memuatnaik video mereka sekeluarga bermain sejenis permainan yang tidak diketahui namanya.

Permainan yang melibatkan dua anak perempuan dan ibu mereka itu menarik perhatian warga maya dan mendapat beribu – ribu jumlah suka atau “like”!

Permainan itu dimulai dengan undian o-som. Siapa yang kalah akan didenda ‘menyerah’ muka pada tepung! Habis putih melepak muka!

Apa yang mencuit hati netizen ialah telatah dan cara mereka mentertawakan dan mengejek satu sama lain apabila terpaksa “memutihkan’ muka!

Tambahan pula melihat gelagat si ibu yang kuat melatah dan keanak-anakan memang gelak besar ! 🤣

Macam-macam orang kita ni kan!

Semoga kita semua bersykur dan menghargai hikmah di sebalik musibah wabak COVID-19 ini.

Eratkan hubungan kekeluargaan yang selama ini sedikit terganggu dek tugasan pejabat.

Paling penting, belajar cara mengawal stress dan cubalah untuk bergembira bersama keluarga 💝

Have a good day ahead guy!

hari ni kite xjadi nak buat video terbang2 kaki terkitai kitai tu😒.. kite ajak mak beronok ronok jap..tapi ini kali kene buli beb dgn mak😏.. die main tarik tudung ooiii😭😭😭..bab melatah jgn risau tetap ado yo😜

Dikirim oleh Farah Khalila Yassin pada Minggu, 05 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments