Sunday, June 16, 2024
HomeBERITANasihat tegas anggota polis terhadap remaja ingkar PKP dipuji netizen

Nasihat tegas anggota polis terhadap remaja ingkar PKP dipuji netizen

‘NASIHAT ITU UMPAMA UBAT’ YANG MAMPU MENYEMBUHKAN’

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Al-Imran: 104)

Kata-kata nasihat yang baik itu ibaratnya ubat yang dapat menyembuhkan penyakit.

Walaupun mampu membeli ubat, kita terpaksa merasai kepahitan ubat terlebih dahulu dan kemudiannya barulah kita dapat menikmati kesan ubat terbabit.

Memetik kata – kata Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Inspektor Mohd Ropiza Hassan :

“Begitulah dengan kehidupan adik ini, kami hanya boleh memberikan nasihat agar sentiasa menghormati kedua ibu-bapa dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan.

Selebihnya ia terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk menerimanya atau tidak.

Semalam tular di laman media sosial menyaksikan video seorang anggota polis (Inspektor Ropiza) sedang menasihati seorang remaja berasal dari Kampung Kuak, Lenggong, Perak yang ditahan kerana ingkar arahan PKP.

Kata-kata nasihat bernada tegas dan begitu mendalam maksudnya meraih perhatian netizen.

Rata-rata netizen bereaksi positif dan memuji tindakan anggota keselamatan berkenaan.

Semoga tindakan dan usaha murni anggota polis terbabit memberi pengajaran dan semangat untuk remaja ini dalam mencorak masa depannya kelak.

Melihat respon ramai, Inspektor Ropiza bersyukur dan berterima kasih kepada warga netizen yang sentiasa menyokong usaha warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan PKP demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang kini melanda di serata negeri dalam negara.

Semoga masyarakat dapat sama – sama berdoa dan membantu pihak berkuasa menjalani tugasan dalam membanteras penularan wabak pendemik ini.

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3125149277495358/?sfnsn=mo&extid=bize4lMiV5t8TboM&d=n&vh=e

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments