Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAUcapan Perdana Menteri kelmarin diinspirasikan menerusi lagu “After The Rain” nyanyian anak...

Ucapan Perdana Menteri kelmarin diinspirasikan menerusi lagu “After The Rain” nyanyian anak beliau Najwa Mahiaddin

Pastinya ramai yang mendengar perutusan dan pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Dalam penggulungan teks ucapan khas berkenaan Perdana Menteri menyebut “After the rain, comes the sun”.

Ironinya kami percaya ucapan itu diinspirasikan melalui lagu nyanyian anak perempuan beliau, Najwa yang berjudul “After The Rain”.

Lagu “After The Rain” dilancarkan pada tahun 2015 nyanyian Najwa Mahiaddin dan Juny.

Lagu “After The Rain” merupakan sebuah lagu motivasi yang menyeru agar masyarakat bersatu padu dalam menempuhi apa jua keadaan dan dugaan.

Kami di The Malaya Post telah membuat satu video klip khas bertemakan lagu tersebut bersempena dengan musibah yang melanda bukan sahaja dunia malah negara ini iaitu Covid-19.

Semoga kita sama-sama berganding bahu dan bersatu padu dalam menempuhi cabaran dan dugaan ini.

Jom kita saksikan video ini.

 

Untuk rekod, Najwa merupakan seorang pemegang Ijazah Muzik dari pusat pengajian tinggi muzik terkenal Berklee College of Music, Amerika Syarikat.

Sebelum ini penyanyi yang cukup dikenali seorang yang bersikap “low profile” popular dengan dua karyanya, EP Innocent Soul (2011) dan album Aurora (2014).

Najwa, atau lebih dikenali kini dengan panggilan NJWA, seorang pemuzik serba boleh yang berani eksperimentasi dengan pelbagai genre muzik daripada R&D dan soul kepada ghazal.

Beliau juga terkenal dengan lagu berjudul “How Long Must I Wait” dan “Got To Go”.

Mungkin selepas ini, NJWA akan melancarkan single terbaru pula.

Sama- sama kita nantikan kemunculan beliau merancakkan arena seni tanah air.

Good Luck NJWA!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments