Friday, May 24, 2024
HomeBERITATiada lagi peratusan radius 10 kilometer perjalanan

Tiada lagi peratusan radius 10 kilometer perjalanan

Selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, Menteri Kanan Kluster Keselamatan mengumumkan tiada lagi peraturan radius 10 kilometer perjalanan dikenakan.

Walau bagaimanapun, kata beliau pergerakan rentas negeri masih lagi di dalam senarai yang dilarang atau tidak dibenarkan sewaktu PKP lima atau PKPB ini.

Selain itu, beliau turut menyatakan bagi pemilik premis yang gagal mematuhi aturan atau SOP sepanjang PKPB akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta 342 serta operasi perniagaan akan ditutup serta merta.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Seri Ismail Sabri memaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi sehingga kini telah menghantar pulang seramai 16,223 pelajar ke lokasi negeri masing-masing.

Menurutnya pada 1 Mei lalu seramai 1,507 pelajar di hantar pulang dan 2 Mei serta 3 Mei masing-masing dengan jumlah sebanyak 4,668 dan 4,965 pelajar.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments