Sunday, May 26, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 71 pulih, 55 kes baharu

COVID-19 : 71 pulih, 55 kes baharu

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada 4 Mei 2020 menunjukkan jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 55 melibatkan 7 kes import dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 71 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,484 kes.

Bagi pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,764 manakala pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 28 orang dan 13 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian di negara kita kekal sebanyak 105 kes.

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 04 Mei 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 55 kes….

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 04 Mei 2020

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments