Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAProf. Dato' Seri Dr Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

Prof. Dato’ Seri Dr Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, UUM, Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu.

Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa memulakan tugasnya pada Isnin (4 Mei), menggantikan Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa menerima surat pelantikannya dari Setiausaha Agung Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad.

Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan surat pelantikan kepada Prof….

Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Minggu, 03 Mei 2020

Untuk rekod, Dato’ Seri Dr. Mustafa berkelulusan Ph.D (Sosiologi Politik) dari University of Leeds dan MA (Politik) dari University of York, England.

Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa sebelum ini adalah Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia sejak 2010 hingga 2018.

Menurut salah seorang pensyarah kanan UUM, Dr Kamarul Yusof ketika dihubungi The Malaya Post  Dato’ Seri Dr. Mustafa telah berjaya mentransformasi UUM menjadi sebuah universiti bertaraf antarabangsa dan dikenali sebagai akreditasi berprestij antarabangsa seperti AACSB, AMBA, EPAS.

“Beliau individu yang bertanggungjawab menjadikan UUM Universiti bertaraf 5 Bintang dari segi Quality MQA SETARA dan Penyelidikan MyRA 5 Bintang serta antara 6 Universiti Awam terbaik di Malaysia di mana semasa beliau mengambil alih UUM berada nombor 3 tercorot di Malaysia.

Dengan pengalaman lebih 34 tahun pengalaman di Universiti dengan memegang hampir semua peringkat jawatan pentadbiran, sangat berpengalaman luas dalam hal ehwal pentadbiran IPT dan ekosistem pendidikan tinggi negara dan antarabangsa. Jadi sangat sesuailah”, katanya kepada The Malaya Post.

Dato’ Seri Dr Mustafa turut dikenali kerana sering menulis dan memberikan pelbagai komentar dan analisis politik nasional dan antarabangsa kerana kepakaran beliau sebagai seorang profesor dalam bidang sains politik dan hal ehwal antarabangsa.

Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa turut memegang jawatan sebagai ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara di peringkat nasional dan Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa.

Kami di The Malaya Post ingin mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak. –THE MALAYA POST.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments