Monday, May 20, 2024
HomeBERITAPakar Perubatan nyatakan COVID-19 berada di sekitar kita sekurang-kurangnya dua tahun

Pakar Perubatan nyatakan COVID-19 berada di sekitar kita sekurang-kurangnya dua tahun

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan orang ramai harus mempunyai inisiatif dan membuat keputusan sendiri demi memastikan keselamatan diri sendiri terjaga.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158754376441282&id=350525301281

Pakar perubatan juga menjangkakan vaksin COVID-19 masih belum diperolehi.

“Pakar-pakar perubatan menyatakan COVID-19 akan berada di sekitar kita sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun dan ini bermakna bahayanya sentiasa berada di sekeliling kita.

“Tidak mungkin oleh kerana COVID-19 berada di sekitar kita selama dua tahun maka kita meneruskan PKP selama dua tahun oleh itu tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri terletak di tangan setiap individu,” ujar beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa tanggungjawab yang paling besar dalam menjaga kepentingan diri dan keluarga sebenarnya adalah disiplin setiap individu.

Tambah beliau lagi, orang ramai hendaklah mesti mengambil kawalan kendiri atau ‘self regulation’ untuk memastikan keselamatan setiap individu terus selamat dan terjaga.

#StayHomeStaySafe

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments