Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAPKPD kawasan Pusat Bandar Utama dan Selayang Baru dilanjutkan sehingga 12 Mei

PKPD kawasan Pusat Bandar Utama dan Selayang Baru dilanjutkan sehingga 12 Mei

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi telah pun ditamatkan termasuklah Menara City One, Malaya Mansion, Selangor Mansion dan sekitar Jalan Masjid India.

Selain itu, zon A dan B yang meliputi Jalan 6/3A dan 9/3A Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur serta kawasan berhampiran Pasar Borong dan zon A dan B bagi PKPD Selayang Baru Gombak juga ditamatkan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata atas nasihat Menteri Kesihatan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKPD di zon C, D, E, dan F bagi kawasan Pusat Bandar Utara dan Selayang Baru Gombak sehingga 12 Mei.

Manakala, PKPD yang dikuatkuasakan di Pusat Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23 Kampung Sungai Lui, Hulu Langat seperti yang dijadualkan akan ditamatkan pada hari esok iaitu 5 Mei 2020.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments