Sunday, June 16, 2024
HomeBERITATapak pembinaan di Ampang ditutup

Tapak pembinaan di Ampang ditutup

Seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, negara telah mencatat peningkatan kes positif COVID-19 dua hari berturut-turut yang melibatkan pekerja warga asing di sebuah tapak pembinaan di Ampang.

Sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan untuk membendung jangkitan COVID-19 dari terus merebak maka Kementerian Kerja Raya telah menutup tapak pembinaan terbabit.

Bahkan kata beliau sebagai langkah pencegahan, semua pekerja warga asing diwajibkan menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19.

“Inisiatif ini akan melibatkan semua sektor bagi pekerja warga asing sama ada pembinaan, perkilangan, komersial termasuk kedai-kedai makan dan sebagainya.

“Kos saringan juga perlu ditanggung oleh majikan masing-masing dan Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang untuk memulakan ujian saringan ini di kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor,” ujar beliau.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan hari ini sudah diwartakan, sekali gus semua…

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 04 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments