Thursday, November 19, 2026
HomeBERITATiada lagi nasihat dan amaran, individu ingkar PKPB akan didenda, dipenjara

Tiada lagi nasihat dan amaran, individu ingkar PKPB akan didenda, dipenjara

Hari ini mesyuarat memutuskan fasa nasihat dan amaran dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir atau ditamatkan.

Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan dan SOP di bawah PKPB.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri berkata banyak kes yang melibatkan ketidakpatuhan sewaktu pemeriksaan PDRM dilakukan.

“Justeru mengambil kira akan perkara ini, PDRM diberi mandat untuk mengenakan tindakan kepada individu ingkar PKPB.

“Fasa nasihat dan amaran tidak lagi akan digunakan justeru tindakan undang-undang di bawah Akta 342 akan dikenakan.

“Dengan itu saya ingin ingatkan kesalahan melanggar SOP akan dikenakan hukuman kompaun RM1,000 atau jika dibawa ke mahkamah denda maksimum RM1,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments