Thursday, June 20, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 110 pulih, 16 kes baharu

COVID-19 : 110 pulih, 16 kes baharu

Daripada 16 kes baharu positif COVID-19, tiga adalah daripada kes import dan 13 lagi membabitkan penularan tempatan.

Daripada jumlah tersebut sembilan kes dikenalpasti bukan warganegara Malaysia, manakala jumlah kesembuhan hari ini adalah sebanyak 110 pesakit.

Mengambil kira pertambahan kes baharu serta kes yang telah pulih, jumlah kes aktif dalam negara setakat ini sebanyak 1,410 dan jumlah kesembuhan serta discaj seramai 5,223.

Seterusnya, jumlah pesakit dirawat di ICU pula sebanyak 16 orang berserta tiga yang memerlukan alat bantuan penafasan.

Manakala, jumlah kematian kekal sebanyak 109 kes dengan tiada kematian dicatatkan pada petang ini.

Terkini #covid19malaysia, 12 MeiDaripada 16 kes baharu, 9 adalah daripada Bukan Warganegara Malaysia. Daripada jumlah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 12 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments